Google

Friday, December 26, 2008

Aircraft License & Ijazah

farhan zamlan bertanya


assalamualaikum ..

-jurutera kapalterbang perlukan ijazah atau tidak??
-lesen jurutera kapal terbang yang bagus perlukan ijazah ke??
-Apakah kelebihan seseorang itu dalam bidang ini jika dia berkelulusan ijazah??

Jawapan saya,

- Jurutera pesawat tidak perlukan ijazah, lesen dikeluarkan oleh Jabatan Penerbangan selepas calon jurutera lulus ujian ujian tertentu, sila rujuk British Civil Aviation Requirement Section L Issue 13, Appendix 1, pages App 1-1 to 1-2 & M1-1 to M32-2 untuk syllibus peperiksaan jurutera pesawat. Sila rujuk AN No 5 untuk maklumat lanjut.

- Memiliki ijazah bukanlah syarat untuk menjadi jurutera berlesen jadi bagus atau tidak bukan persoalan

- Bagi anda yg berijazah itu akan lebih membezakan anda dgn jurutera2 yg lain, contohnya jika anda memiliki ijazah dlm bidang aerospace, penilaian anda terhadap masaalah pesawat mungkin lebih luas berbanding dgn jurutera tanpa ijazah, begitu juga jika anda memiliki ijazah didlm business admin, peluang anda untuk naik ke bahagian pengurusan akan lebih terbuka lagi. Anda boleh mengambil ijazah selepas selesai program latihan jurutera pesawat, tidak semestinya sebelum.